CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, August 7, 2008

hari ini hari khamis.... tarikh hari ini ialah 070808....

hari ini adalah hari khamis... saya berasa sungguh bosan... saya bangun pukul 9 pagi... saya mengantuk sangat... pagi tadi saya pergi ke kedai gunting rambut... saya berasa sungguh gembira kerana terjumpa kawan lama saya di sekolah rendah dahulu... dia semakin tinggi... selepas berborak dengannya saya terus ke pasar untuk membeli sayur dan kentang... tiba di rumah saya buka buku akaun kerana kawan saya sedang menantikan jawapan dari saya... tengahari ini saya tidak makan apa-apa... saya akan makan malam ini bersama keluarga saya tanpa adik saya... beliau tinggal di asrama... kawan-kawan saya ada yang sudah pulang ke usim... mereka pulang awal kerana esok mereka dan saya serta rakan-rakan yang lain akan ke seremban esok hari untuk menyiapkan kerja quran hadis... saya tidak tahu mengapa ayat saya agak skema hari ini... mungkin ini semua terjadi akibat kebosanan yang sangat melampau ke atas diri saya... tiba masa untuk mengundur diri... selamat tinggal...